Puan Latiffa menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pn Aida daripada Mama TTU
Puan Norida menyampaikan pokok herba kepada Puan Aida sumbangan daripada Mama TTU
Atas keprihatinan mama TTU satu lawatan mengejut telah diadakan pada 28 Mei yang lalu kerumah Puan Aida yang merupakan salah seorang pesakit kanser payu dara. Beliau dengan cerianya menyambut kedatangan kami sungguhpun diberitahu di saat-saat akhir. Kata Pn Aida keadaan kesihatannya bertambah baik dan telah menjalani 6 kali kimoterapi. Sedikit sumbangan kewangan dan pokok herba daripada ahli telah dihulurkan kepada Puan Aida. Ahli-ahli juga mempelawa Puan Aida menyertai program-program ilmu yang dianjurkan oleh Mama TTU supaya beliau tidak keseorangan ketika memerangi penyakit yang dihadapinya kini. Kami semua mendoakan Puan Aida cepat sembuh dari penyakit yang dihadapi oleh beliau.
semoga pn aida terus tabah..
ReplyDelete