Thursday, July 30, 2009

Khasiat daun pegaga

Khasiat pegaga:
Menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awet muda dan sebagai rawatan selepas bersalin.

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotlye asiatica ialah sejenis ulaman popular orang Melayu. Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, dengan meningkatkan tindakbalas, menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kajian terbaru menunjukkan pegaga memberi kesan yang positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan saluran darah dan kapilari. Ia juga telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Cara pemakanan: dibuat ulam, dibuat kerabu atau dibuat jus.



Amalkan selalu pemakanan daun pegaga yang memberi pelbagai khasiat untuk kesihatan kita.
Sumer dari internet

Wednesday, July 29, 2009

Khasiat daun kaduk







Pokok kaduk atau nama saintifiknya Piper Simentosum merupakan tumbuhan yang menyerupai pokok sireh ( seperti gambar yang ditunjukkan )
Diantara khasiat daun kaduk ialah digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi,demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang,batuk dan juga panau.
Cara rawatannya ialah dengan merebus dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tersebut diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah di atas.

Wednesday, July 15, 2009

Koleksi doa

Diantara koleksi-koleksi doa menarik untuk perkongsian ilmu


Doa kebahgiaan sekeluarga

Doa mohon keampunan dari segala kejahatan

Doa ketika dalam kesusahan



Doa mohon menjadi seorang yang penyabar


Petua jadi 'Abqaro'

Petua dari ustazah Dr. Fatimah Al-Zahra untuk wanita.

ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam surah al-waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya' ' ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri untuk kebahagiaan rumahtangga.

Maksud surah Al-Waqiah ayat 35-38;

..... Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
.......Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
.........Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
.........(semuanya itu disedia kan bagi puak kanan)