Tuesday, October 13, 2009

Breakfast Syawal di rumah Familah

Untuk mengeratkan silaturahim dikalangan wanita TTU, selain daripada open house, breakfast syawal pun dianjurkan dikalangan kekawan. Diantara jemputan brekfast syawal yang dapat dipaparkan disini ialah Brekfast Syawal di rumah Familah.

Diantara kawan2 yang hadir

emmm......sedapnye menjamu selera

kuih muih pun ada.....



nasi lemak lauk udang sambal dan lain2...


macarroni goreng lada hitam pun ada...
Lepas syawal ini bertambah le berat badan masing2....bila pula boleh jogging ni....

Saturday, September 12, 2009

Papa kacau bubur lambok

Aksi papa TTU bergambar kenangan kacau bubur asyura sempena Majlis khatam Perdana
2009



kerja tetap berjalan, posing tetap mahu....peluhhhhh tak apa....


kena aturlah dulu bekas2 ni, kejap lagi bubur masak bolehlah masukkan dalam bekas utk diagihkan pada peserta...

Khatam al Quran Perdana 2009

Sempena minggu ketiga bulan ramadan kerajaan negeri telah menganjurkan majlis khatam al quran beramai2 di Masjid Al Alami di MITC, Ayer Keroh. Berikut adalah diantara para peserta dari Taman Tasik Utama yang turut serta dalam majlis berkhatam perdana tersebut.



Tiga mama cun



wah fotogenik lah..ada gaya model lagi...caya gitu!!!!!

Thursday, September 10, 2009

Program tadarus 2009

Ustazah Ramlah memimpin bacaan para peserta

Para peserta sedang khusyuk membaca dan meneliti ayat2 al quran

Bergambar beramai2 diluar Surau Taman Tasik Utama


Para peserta mendengar ucapan penutup daripada pengerusi dan ustazah


Para peserta tadarus masih menunggu kedatangan ahli2 yang lain sebelum memulakan bacaan

Para peserta bergambar kenangan di dalam surau TTU sebagai kenangan Program Tadarus 2009 Wanita TTU.






Monday, August 17, 2009

Bowling gambar 4

Diantara para peserta bowling Taman Tasik Utama bergambar kenangan bersama-sama
Posted by Picasa

Bowling, gambar 3

Diantara peserta-peserta bowling wanita yang mengambil bahagaian masa pertandingan tersebut.

Bowling gambar 2

Wah..wah berposing habis selepas tamat perlawanan. baby pun ada...beri semangat pada ibu yang mengambil bahagian.

Bowling gambar 1

Tn Hj Juhari ab Razak bersama-sama keluarga memeriahkan lagi pertandingan bowling ttu.

Thursday, July 30, 2009

Khasiat daun pegaga

Khasiat pegaga:
Menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awet muda dan sebagai rawatan selepas bersalin.

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotlye asiatica ialah sejenis ulaman popular orang Melayu. Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, dengan meningkatkan tindakbalas, menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kajian terbaru menunjukkan pegaga memberi kesan yang positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan saluran darah dan kapilari. Ia juga telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Cara pemakanan: dibuat ulam, dibuat kerabu atau dibuat jus.



Amalkan selalu pemakanan daun pegaga yang memberi pelbagai khasiat untuk kesihatan kita.
Sumer dari internet

Wednesday, July 29, 2009

Khasiat daun kaduk







Pokok kaduk atau nama saintifiknya Piper Simentosum merupakan tumbuhan yang menyerupai pokok sireh ( seperti gambar yang ditunjukkan )
Diantara khasiat daun kaduk ialah digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi,demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang,batuk dan juga panau.
Cara rawatannya ialah dengan merebus dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tersebut diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah di atas.

Wednesday, July 15, 2009

Koleksi doa

Diantara koleksi-koleksi doa menarik untuk perkongsian ilmu


Doa kebahgiaan sekeluarga

Doa mohon keampunan dari segala kejahatan

Doa ketika dalam kesusahan



Doa mohon menjadi seorang yang penyabar


Petua jadi 'Abqaro'

Petua dari ustazah Dr. Fatimah Al-Zahra untuk wanita.

ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam surah al-waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya' ' ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri untuk kebahagiaan rumahtangga.

Maksud surah Al-Waqiah ayat 35-38;

..... Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
.......Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
.........Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
.........(semuanya itu disedia kan bagi puak kanan)

Wednesday, June 24, 2009

Bulan Rejab bulan Allah

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Ada apa di sebalik bulan Rejab itu? Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt,

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt...InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam
7. Barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
8. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab
ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Monday, June 22, 2009

Jogging or walking

Aktiviti jogging atau walking adalah diantara aktiviti untuk kesihatan yang diamalkan oleh kumpulan mamattu. Terdapat beberapa tips mengenai aktiviti ini yang dimuat turun dari internet untuk renungan dan panduan pembaca yang budiman. Diantaranya ialah:
Enjoy Your Health with Walking or Jogging

When you have crossed 40 years of age, it is time to concentrate on your health; you have to go for periodical check up of your body to ascertain whether you have complaints like diabetes, blood pressure and cholesterol etc.

Let us assume that you have no any complaints. Even then you can not remain lax; It is your duty and responsibility to keep yourself fit and healthy and not to become obese; Considering your age, if you are not a sportsman or if you are not in the habit of playing any games, the easiest and the cheapest way of maintaining your health is to practice walking at least 30 minutes a day, thrice in a week.

It is heartening to note that you have decided to walk regularly to keep yourself fit and healthy.Previously not used to walking, you may be vacillating as to when to walk, whether in the morning or in the evening. Why should we prefer early morning walk or jog ?

The early morning walk or jog, especially between 0400 a.m and 0500 a.m is the best for the following reasons:

1.Your mind and body remains fresh and relaxed after a sound sleep;
2. In the early morning, you can inhale fresh air, which is less polluted or without any pollution.Hence, you can have the intake of more Oxygen in the early morning than in the evening.
3.If you decide to walk in the evening, the atmospheric air may have become polluted and congested; and in addition to that you will also have noise pollution.
4.You might have been very busy throughout the day and so your mind and body might have become tired, when you go for walking in the evening.
5.You can either speed walk or walk slowly according to your body requirements. If you decide to walk slowly, you have another added advantage;if you are a blogger, a freelancer or a writer, while walking you can also think over a topic for blogging or even develop an idea for writing an article or an essay or develop a plot for a short story etc.
6.In the early morning the atmosphere will be very calm and serene and so your creative thinking will get stimulated and will have no disturbance.
7.If possible, while walking or jogging, you can also have the company of your spouse or friends that will forge your relationship, making them more close with you, besides keeping them healthy.If you are a writer, you can also have an opportunity to discuss with them about your writing.
8.Early morning walk keeps your mind and body healthy throughout the day, whatever may be your career, whether you are a very busy entrepreneur or a professional like a doctor or a lawyer or a powerful officer or an official.This advantage is not available when you choose to walk in the evening.
9.Even those people who prefer to go for gyms or remain at home to use walkers, should do it only early in the morning during a fixed time, routinely and regularly according to your circumstances and requirements, so as to remain fresh throughout the day..
10.People having the complaints like diabetes, cholesterol and blood pressure, when they walk or jog in the early morning can keep their health hazards under check and control. Since, the intake of more oxygen helps you to purify your blood and by that way helps to control or reduce, your blood sugar or cholesterol. But people having these complaints should have a regular and periodic medical check up, before going for walking or jogging.


Kak pah sehat bertenaga melalui aktiviti walking

Kak Pah dan Norida bergambar selepas aktiviti walking

ppsss// semoga semua mamattu sihat walafiat dan dapat melakukan aktiviti exercise untuk kesihatan.

Monday, June 1, 2009

Lawatan ke rumah pesakit cancer

Ahli-ahli Mama TTU bergambar bersama Puan Aida
Puan Latiffa menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pn Aida daripada Mama TTU


Puan Norida menyampaikan pokok herba kepada Puan Aida sumbangan daripada Mama TTU

Atas keprihatinan mama TTU satu lawatan mengejut telah diadakan pada 28 Mei yang lalu kerumah Puan Aida yang merupakan salah seorang pesakit kanser payu dara. Beliau dengan cerianya menyambut kedatangan kami sungguhpun diberitahu di saat-saat akhir. Kata Pn Aida keadaan kesihatannya bertambah baik dan telah menjalani 6 kali kimoterapi. Sedikit sumbangan kewangan dan pokok herba daripada ahli telah dihulurkan kepada Puan Aida. Ahli-ahli juga mempelawa Puan Aida menyertai program-program ilmu yang dianjurkan oleh Mama TTU supaya beliau tidak keseorangan ketika memerangi penyakit yang dihadapinya kini. Kami semua mendoakan Puan Aida cepat sembuh dari penyakit yang dihadapi oleh beliau.

Thursday, May 28, 2009

Al Quran benteng dan penawar

Tambahan kepada kuliah hari ini ialah beberapa amalan yang diberikan oleh ustaz kepada semua ahli. Berikut adalah maklumat yang diperolehi semasa sesi ceramah tadi mengenai "BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA & HARTA BENDA"

Ada empat jenis benteng pertahana diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 surah yaasin
  4. Ayat penggerak
1. Al-Muawwizat


Bacaan: Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Naas.
Surah Al-Fatihah ( Dibaca akhir sekali)


Cara:

  • Lunjurkan kaki kearah Qiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca surah Al-Fatihah)
  • Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  • Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2. Ayat Kursi

Cara
  • Baca ayat kursi dengan 9 wakaf
  • Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindungi diri.
  • Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.


3. Ayat 1 hingga 9 dalam surah yaasin

Cara
  • Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.
  • Berdiri di satu penjuru rumah (katakan di hadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah. Baca surah Al-Fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1 - 9. Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratkan mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4. Ayat Pengerak



Bacaannya:

Cara:

  • Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu pekerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada ganguan ketika membaca ayat ini, berehat dulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.

Semoga dapat memberi manafaat untuk semua.

Hanya dengan sebotol air

Ustaz buat demo basuh tangan

Demo cara basuh kaki

Ahli-ahli khusyuk memberi perhatian


Tengok...sebotol air pun tak habis

Hari ini adalah merupakan hari kedua bulan Mei sesi ceramah telah dijadualkan. Ustaz telah mengingatkan kembali kepada ahli mengenai kuliah pada minggu sebelumnya iaitu mengenai fardhu berwuduk dan sunat berwuduk. Pada minggu ini kuliah di teruskan lagi dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Disamping itu ustaz juga telah membuat demonstrasi cara-cara bagaimana nak ambil wuduk dengan hanya menggunakan kuantiti air yang sedikit. Maklumat lanjut seperti cerita bergambar diatas.

Wednesday, May 27, 2009

Sarapan pagi

Antara minuman yang ditempah

Tauhu sumbat pun ada...

yum..yum...yum.. mee kari kegemaran mama Norli

bihun goreng


abok-abok


Kebetulan dan kesempatan yang ada, empat orang mama ttu 31 keluar untuk menikmati sarapan pagi bersama di warung makan di jalan sungai putat. Mama yang keluar ialah Kak pah, Na, norli dan saya. Mama Norli yang dermawan telah membayar bil makan untuk semua. Terima kasih. Hidangan menu yang kami makan ialah seperti yang ditunjukkan digambar....opps satu gambar tak masuk iaitu nasiiiiiii lemak.