Thursday, May 28, 2009

Al Quran benteng dan penawar

Tambahan kepada kuliah hari ini ialah beberapa amalan yang diberikan oleh ustaz kepada semua ahli. Berikut adalah maklumat yang diperolehi semasa sesi ceramah tadi mengenai "BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA & HARTA BENDA"

Ada empat jenis benteng pertahana diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 surah yaasin
  4. Ayat penggerak
1. Al-Muawwizat


Bacaan: Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Naas.
Surah Al-Fatihah ( Dibaca akhir sekali)


Cara:

  • Lunjurkan kaki kearah Qiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca surah Al-Fatihah)
  • Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  • Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2. Ayat Kursi

Cara
  • Baca ayat kursi dengan 9 wakaf
  • Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindungi diri.
  • Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.


3. Ayat 1 hingga 9 dalam surah yaasin

Cara
  • Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.
  • Berdiri di satu penjuru rumah (katakan di hadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah. Baca surah Al-Fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1 - 9. Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratkan mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4. Ayat Pengerak



Bacaannya:

Cara:

  • Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu pekerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada ganguan ketika membaca ayat ini, berehat dulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.

Semoga dapat memberi manafaat untuk semua.

Hanya dengan sebotol air

Ustaz buat demo basuh tangan

Demo cara basuh kaki

Ahli-ahli khusyuk memberi perhatian


Tengok...sebotol air pun tak habis

Hari ini adalah merupakan hari kedua bulan Mei sesi ceramah telah dijadualkan. Ustaz telah mengingatkan kembali kepada ahli mengenai kuliah pada minggu sebelumnya iaitu mengenai fardhu berwuduk dan sunat berwuduk. Pada minggu ini kuliah di teruskan lagi dengan perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Disamping itu ustaz juga telah membuat demonstrasi cara-cara bagaimana nak ambil wuduk dengan hanya menggunakan kuantiti air yang sedikit. Maklumat lanjut seperti cerita bergambar diatas.

Wednesday, May 27, 2009

Sarapan pagi

Antara minuman yang ditempah

Tauhu sumbat pun ada...

yum..yum...yum.. mee kari kegemaran mama Norli

bihun goreng


abok-abok


Kebetulan dan kesempatan yang ada, empat orang mama ttu 31 keluar untuk menikmati sarapan pagi bersama di warung makan di jalan sungai putat. Mama yang keluar ialah Kak pah, Na, norli dan saya. Mama Norli yang dermawan telah membayar bil makan untuk semua. Terima kasih. Hidangan menu yang kami makan ialah seperti yang ditunjukkan digambar....opps satu gambar tak masuk iaitu nasiiiiiii lemak.

Sunday, May 24, 2009

Best mom of the year?????









Mana satu best mom of the year?????
ha.ha....ha...beruang pun tahu belai anak.

Saturday, May 23, 2009

Bacaan yaasin rumah Ryan


Majlis bacaan yaasin dan tahlil telah diadakan pada 22 Mei 2009 di rumah Ryan. Selain daripada ahli-ahli biasa yang hadir ada juga jiran tetangga dan kenalan yang ikut serta memeriahkan majlis.


Selepas makan berposing pula....








Tersandar kekenyangan....





Masih lagi menunggu ketibaan ahli-ahli yang lain.

Friday, May 22, 2009

Hari Ibu


Pada 21 Mei yang lalu Sambutan Hari Ibu telah diadakan di Cafe Botanikal, Ayer Keroh, Melaka. Selain daripada makan-dan minum ada acara cabutan nombor bertuah dan meraikan sambutan harilahir Ryan. Ada yang suka dapat hadiah besar, ada yang gembira dapat hadiah cantik dan ada juga yang sedih tak dapat hadiah yang dikehendaki...keh..keh..kehh. macam-macam gelagat ada....

Thursday, May 21, 2009

Baru bermula

Blog ini di cipta untuk memaklumkan mengenai aktiviti wanita ttu 31 yang telah sekian lama bermula. Gambar-gambar akan dimuatkan disini.