Thursday, May 28, 2009

Al Quran benteng dan penawar

Tambahan kepada kuliah hari ini ialah beberapa amalan yang diberikan oleh ustaz kepada semua ahli. Berikut adalah maklumat yang diperolehi semasa sesi ceramah tadi mengenai "BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA & HARTA BENDA"

Ada empat jenis benteng pertahana diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 surah yaasin
  4. Ayat penggerak
1. Al-Muawwizat


Bacaan: Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Naas.
Surah Al-Fatihah ( Dibaca akhir sekali)


Cara:

  • Lunjurkan kaki kearah Qiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca surah Al-Fatihah)
  • Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  • Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2. Ayat Kursi

Cara
  • Baca ayat kursi dengan 9 wakaf
  • Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindungi diri.
  • Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.


3. Ayat 1 hingga 9 dalam surah yaasin

Cara
  • Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.
  • Berdiri di satu penjuru rumah (katakan di hadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah. Baca surah Al-Fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1 - 9. Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratkan mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4. Ayat Pengerak



Bacaannya:

Cara:

  • Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu pekerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada ganguan ketika membaca ayat ini, berehat dulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.

Semoga dapat memberi manafaat untuk semua.

No comments:

Post a Comment